Maxis E-Kelas (Matematik Dan Sains)

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Mac 2019, telah diadakan MAXIS e-Kelas bagi subjek Matematik dan Sains bagi Tahun 6 dan tingkatan 1 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Sesi e-Kelas kali ini adalah melalui portal e-kelas, di mana para peserta perlu masuk ke dalam portal dan menyertai e-cikgu untuk mendengar pembelajaran yang disampaikan oleh cikgu secara live. Selain daripada itu, peserta boleh berbual atau bertanyakan soalan melalui ruang komen yang terdapat pada sesi Live bersama Cikgu. Manakala pembelajaran sains, adik-adik belajar melalui live tutorial bersama cikgu sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali